Tuesday, September 22, 2020

Apabila Nabi saw bersabda

Islam tidak memisahkan kehidupan kerohanian dari kehidupan duniawi.

Justeru jangan cuba memisahkan antara keduanya.

Sembahyang itu kerohanian, maka carilah keduniaannya.

Membaca al-Quran itu kerohanian, maka carilah keduniaannya.

Berpuasa wajib atau sunat itu kerohanian, maka carilah keduniaannya.

Keduniaannya ialah cara hidup di dunia.

Maka fahamilah, jika ada kenyataan menyebut bahawa ada sembahyang yang tidak diredhai Allah, adalah sebab kita tidak menjadikan aspek-aspek dalam ibadah sembahyang itu diterjemah menjadi cara hidup. Jadi tidak hairanlah jika dikatakan bahawa sembahyang yang didirikan mengikut takrif sahaja tidak diredhai Allah swt walaupun sah. Demikian juga bagi ibadah-ibadah yang lain.

Kerana inilah ada sebuah hadis yang menyebut Jangan bangga dengan sembahyang yang banyak kerana semua itu belum tentu membuat Allah swt redha.


 Pengajaran fiqh kita mengajar bahawa sembahyang diberi takrif Perkataan-perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratul-ihram dan di...